Thursday, August 20, 2009

Karangan Kumpulan 4

Karangan pendapat tentang punca-punca dan kesan-kesan merokok. Panjang karangan mestilah lebih daripada 180 patah perkataan.

Karangan Kumpulan 3

Karangan pendapat tentang punca-punca dan kesan-kesan merokok. Panjang karangan mestilah lebih daripada 180 patah perkataan.

Karangan Kumpulan 2

Karangan pendapat tentang punca-punca dan kesan-kesan merokok. Panjang karangan mestilah lebih daripada 180 patah perkataan.

Karangan Kumpulan 1

Karangan pendapat tentang punca-punca dan kesan-kesan merokok. Panjang karangan mestilah lebih daripada 180 patah perkataan.

Friday, August 14, 2009

Soalan Minggu 3




1. Apakah yang mendorong seseorang merokok?



2. Apakah kesan buruk merokok?



3. Mengapakah merokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan?



4. Bagaimana mengenal pasti perokok?



5. Mengapakah kita tidak digalakkan merokok?



6. Ramalkan tahap kesihatan rakyat Malaysia yang hidup dalam persekitaran merokok pada sepuluh tahun akan datang.

Komen Penilaian Pembentangan Kumpulan 4


* Setiap kumpulan perlu memberi komen mengenai penilaian dalam borang rubrik yang telah diisi terhadap pembentanagn kumpulan 4


* Setiap kumpulan perlu menyatakan alasan mengapa kumpulan anda memberi markah tersebut kepada kumpulan 4


* Komen perlulah dihantar diruangan comment beserta nama kumpulan.


* Komen mestilah ringkas dan padat.

Komen Penilaian Pembentangan Kumpulan 3

* Setiap kumpulan perlu memberi komen mengenai penilaian dalam borang rubrik yang telah diisi terhadap pembentangan kumpulan 3

* Setiap kumpulan perlu menyatakan alasan mengapa kumpulan anda memberi markah tersebut kepada kumpulan 3

* Komen perlu dihantar diruangan comment beserta nama kumpulan.

* Komen mestilah ringkas dan padat.

Friday, August 7, 2009

Soalan minggu 2

1. Mengapakah ada golongan masyarakat yang mengabaikan kesihatan?

# Jawapan perlu dihantar melalui blog diruangan comment dan akan dibincangkan pada minggu ke 3. Pastikan anda menulis nama kumpulan anda.

Selamat menjawab (",)

Komen Penilaian Pembentangan Kumpulan 2

* Setiap kumpulan perlu memberi komen mengenai penilaian dalam borang rubrik yang telah diisi terhadap pembentangan kumpulan 2 (kumpulan power point)

* Setiap kumpulan perlu menyatakan alasan mengapa kumpulan anda memberi markah tersebut kepada kumpulan 2

* Komen perlu dihantar diruangan comment beserta nama kumpulan

* Komen yang ditulis mestilah ringkas dan padat.

Thursday, August 6, 2009

Komen Penilaian Pembentangan Kumpulan 1


* Setiap kumpulan perlu memberi komen mengenai penilaian dalam borang rubrik yang telah diisi terhadap pembentangan kumpulan 1 (kumpulan analisis soal selidik).

* Setiap kumpulan perlu menyatakan mengapa kumpulan anda memberi markah tersebut kepada kumpulan 1.

* Komen anda perlu dihantar diruangan comment beserta nama kumpulan

* Komen yang ditulis mestilah ringkas dan padat.

Sunday, July 19, 2009

Soalan Minggu 1

1) Bagaimana dikatakan kehidupan yang bahagia?

2) Bagaimana menjaga kesihatan?

# Jawapan dihantar melalui komen dalam blog ini dan akan dibincangkan pada minggu kedua.

~ Selamat Menjawab~

Tangani Stres


Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.


Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
*Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
*Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
*Kenal pasti kenapa anda marah
*Cuba dengar penjelasan orang lain
*Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
*Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
*Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan



Lakukan Aktiviti Fizikal


Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.
Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.


Lakukan aktiviti fizikal :
# Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
# Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda

Saturday, July 18, 2009

Tidak Merokok


Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).

Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
*Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
*Yakinkan diri
*Buat nota peringatan
*Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
*Tumpukan pada hari ini
*Sentiasa berfikiran positif
*Dapatkan sokongan
*Lawan keinginan untuk merokok
*Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
*Melengahkan-lengah
*Minum banyak air
*Menarik nafas panjang
*Membuat sesuatu
*Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
*Mengunyah sesuatu
*Membasuh tangan
*Mandi dengan kerap
*Melakukan senaman regangan
*Memohon doa



Makan Secara Sihat


Nikmati pelbagai jenis makanan
- Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
- Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
- Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.

Amalkan Cara Hidup Sihat

Sihat Sepanjang Hayat dan Faedah Cara Hidup Sihat

Kunci untuk hidup sepanjang hayat
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:

#Makan secara sihat
#Tidak merokok
#Lakukan aktiviti fizikal
#Belajar menangani stres

Faedah cara hidup sihat:
-Meningkatkan status kesihatan anda
-Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
-Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
-Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/

Mari berkempen...

Kempen Anti Merokok....

Anjuran:
Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia

.......Merokok membawa padah......